Wednesday, September 16, 2015

LDM Day 5

Mr. Chenta and i are in another round of long distance marriage (LDM in short). This time it would last around 2 months *wail*nanges meraung tak cover line dah*

Sigh. 

I guess the timing is good. Ngam-ngam i'm the middle of my unpaid leave so that the kids will have one parent's undivided attention. The extra money that he earns comes in handy too tengah2 aku takde gaji ni. 

And i guess kali ni keje dia mulia sket. Aircraft maintenance team for flights taking people going to/from Jeddah for hajj. InshaAllah ada lah tercalit sket bahagian dia dpt lebih pahala. 

Tapi luka dan sepi di hati sape tau weh. Dah la dapat tau kene gi tu last minit. Kol 6ptg dapat tau, kol 9mlm dah gerak ke airport. Tak sempat nak pikir ape, tetibe laki aku dah fly. 

Malam tu aku mampu hantar dia kat KL Central je. Tak brani gamble bawak 2 orang budak ni drive sorang from KLIA tengah2 malam. Dibuatnya Dhani melalak tengah MEX tu dah satu hal nak stop camne.

As i'm currently a SAHM, memang terasa la ketiadaan dia. Usually the highlight of my day is waiting for him to get back from work. Temankan dia makan, lepak kejap and talk about our days. Sambung pillow talk sampai terlelap. Now i don't really have anything to look forward to except for the day that he returns. Days are starting to blend together. Anak-anak je la penghibur. 

So far dah 4 hari dia kat sana, sehari 2-3 kali facetime. I insist dengan alasan anak-anak rindu. Padahal bini dia ni clingy. Bahaha #clingywife #dontjudgeme

Pastu tetiba aku kene jadi tukang buang sampah, cuci botol Afif, tukang vacuum, tukang cuci toilet, kene pikir pasal minyak kete, patut ke tak cuci kete, mane ke pegi bil api, air, astro, streamyx bagai, pampers and susu anak ade stok lagi ke tak.. All this while my husband takes care of all that.

*nanges*

*wails*

Semoga baik-baik saja suami aku nun jauh disana dan semoga diberikan kesabaran dan kekuatan aku dok umah jaga dua orang budak ni haa. 



November, please come fast!

No comments:

Post a Comment