Friday, July 31, 2015

Raya 2015 Kami


Macam tahun2 sebelomnya, Raya kami simple je. 

Laki aku cam biasa la takmo beli baju melayu. Kitorang pon bukan la jenis beraya sakan. #teamRayaKL katanya. So pilih color drp warna2 baju melayu yang dia ada. I chose black coz of the slimming effect. Kahkahkah. Aku beli baju ArtDeco by Jovian for Zalora. Beli masa ngam-ngam abes pantang. Sebab tak konfiden bole kurus, aku order saiz M. Sekali pakai, besar. Kembang kempis hidung mak sebab terbukti muat lagi saiz S. Wuahaha. Afif dapat cari baju melayu hitam, Dhani plak aku beli online baju melayu romper. Settle.

Suka aku tgk Afif pakai set lengkap baju melayu siap sampin and songkok. Rasa cam wowww hensemnye anak aku. Bahaha.

Anyway, macam biasa PIL flew in from Kuching a few days before Raya. Tahun ni rasa la lain sket sebab kurang ahli di rumah. Adik-adik aku dah pindah sejak kahwen last year, adik-adik ipar plak jauh di US and UK sana haa. So terasa la kepenatan buat preparation Raya, tambahan ada anak kecik ni. Kemas mengemas keje kitorang laki bini, kuih raya aku in charge, lauk-pauk Raya Wan and MIL la tulang belakang. Sempat aku buat 3 jenis Raya cookies (choc chip licin tak sampai sminggu Raya kikiki) cuma sandwich cake tak sempat buat tahun ni.

First Raya, we spent the morning at home. Lepas bermaafan, bergambar dan makan, kitorang balik Sg. Penchala jap. Kononnya sementara tak ramai lagi family lain datang, baik beraya blah Mama aku dulu sebab pakcik makcik turn beraya umah nenek aku tahun ni. Kat rumah nenek aku rasa meriah la sebab adik bradik mak aku ada 11 (but minus 2 dah meninggal). Sampai je sana Afif mengamok sebab nak main, takmo amek gamba (-____-) but he's okay after a few minutes. Petang tu balik Wangsa Maju balik dan beraya ngan family Papa aku plak.

Gamba Raya perasan pengantin baru.

i tried to look and look but can you believe this is the best color-coordinated Raya family picture we have?
Gamba lain sama ada blur (sebab Afif gerak), Dhani ketara melalak, laki aku tutup mata, or aku ketawa over buruk benor.


With Atok and Nenek belah Mama saya.

Raya paling sakan adalah untuk bebudak.

Raya kedua dok rumah sebab sedara-mara datang. Memang aku tak bother pon pakai baju kurung bagai sebab mengerah tenaga jadi host.

Wefie sket, dik!

Keluarga nukleus kami.

Raya ketiga relax sket. Petang tu kitorang plus BIL bawak Afif tengok wayang. It's his first movie experience ever! Aku risau gak sebab budak ni suka explore. Tapi aku harap sebab dia suka Minions, dia akan ok behave la kot. Aku anticipate dia akan naik turun tangga kat cinema tu but surprisingly dia adalah sangat behave. Kitorang sampai lagi 2 minit nak lights out, so bila dah gelap and nampak plak Minion terpampang kat screen, terus dia excited, sat down, and watched the whole thing with that bowl of popcorn in hand. Bila part kelakar beriya la dia gelak, part serious dia serious. Phewww *lap peluh didahi* Cuma last 10 minutes of the movie dia dah boring baru la dia restless, berdiri atas kerusi dia and jalan gi duduk kat tangga. Huhu.

Weekend plak aku layan tetamu dirumah je. Beraya umah jiran jap pastu sedara aku datang. ohhh A'ai pon datang. 2 kali plak tu dia beraya kat rumah aku. Haha. Seronok tengok Afif geng ngan Safiyya main sama-sama. Safiyya siap nanges takmo balik. Huhu.

Geng Raya

That's my Raya so far. i just realized aku tak gi beraya umah sesapa lagi (well, rumah jiran sebelah umah tak kira la). Takpe nok, Raya kan sebulan. Hihi.





No comments:

Post a Comment