Monday, August 4, 2014

Overly Attached Son

Anak bujang.. Memang orang kata sangat manja dengan mama dia. Afif pon. Memang manja memang clingy dengan aku. Tapi manja dan clingy dia tak la over possessive. Dia tak kisah pon kalo aku main or bermesra dengan baby lain.

Or so i thought.

Until last Wednesday.

Hubs' best friend, Faiz and Shila together with the cute Ayra datang beraya. i though Afif and Ayra could get along well like they did last time. Harapan tinggal harapan. Aku dukung Ayra, dia nangis datang siap nk pukul Ayra. Nasib baik aku sempat tahan. Pastu dia peluk aku kuat-kuat. Dok je kat riba aku and kalo main pon, jeling-jeling nak make sure Ayra tak manje-manje ngan aku. Pastu Ayra main toys dia yang dia tak main pon, pastu dia datang laju-laju, rampas toy tu, letak tepi and blah. Sigh, bila dah nampak asik gaduh je, aku kasi diorang iPad and pasang Upin Ipin dengan harapan boleh berdamai. Harapanku hancur. Afif dok depan-depan iPad tu sambil pegang. Dengki tahap gaban.

Malam tu pegi beraya. Ada la sorang baby ni baya-baya dia jugak. Aku tak dukung pon budak tu. Just salam and pgang tangan je. Dia nampak dari jauh, laju-laju datang dengan muka nak lepuk budak tu. Cepat2 aku dukung dia.

OMG sejak bila anak Mama kedekut Mama and kedekut toys ni??

That phase has come for him. The self-centered, everything-is-mine phase. 

p/s: camni nyer perangai, camne awak nak ada adik? :p

No comments:

Post a Comment