Thursday, May 22, 2014

Reality Check

Semalam macam biasa lah aku balik keje naik train. Terhegeh-hegeh berjalan dengan 5-inch heels aku ni. Macam biasa jugak lah dalam train memang kebarangkalian nak dapat tempat duduk memang sangat kecil. Tak la jugk kesah sebab dah biasa berdiri. 

So there i was, minding my own business, playing with my phone, berdiri mengadap passanger yang duduk.

Tiba-tiba..

"Dik.. Nak duduk?" tegur sorang akak yang duduk depan aku. "Sorry la akak baru perasan.." katanya.

And i was like "Eh.. Takpe kak"

And she said "Takpe.. Duduk lah" sambil nak bangon.

Aku pon cakap "Takpe kak.. Saya bukan ngandong pon. Ni gemok je.."

Muka hakak tu PRICELESS

Reaction dalam kepala hotak aku pon PRICELESS.

HAMAGADDDD serious lah aku dah gemok tahap orang mengandong ke weh?

Then i realized i have been eating a lot lately especially bende manis seperti ice blended, choc chip cookies (banyak gila sebab tengah membungkus kat umah untuk doorgift adik aku kawen), popcorn.. Aku perasan gak nasi dalam pinggan pon dah jadi setengah pinggan compared to dulu before Afif suku pinggan gitu je. 

Alasan aku makan sukahati adalah sebab aku breastfeed, i need more to produce milk. Memang selama ni makan banyak mana pon, berat aku maintain. Siap lose weight masa cuti 3 bulan sebab penat jadi SAHM. Tapi skang aku pam pon sehari sekali compared to dulu 2-3 kali. Memang calorie berlebih tu jadi lemak la, bukan jadi susu.

A hard slap of reality in my face.

Seriously, kene kembali ke pangkal jalan. 

No more excessive eating. 
No more twice a week Extreme Latte Frappe. 
No more makan cookies. 
No more cream based pasta everytime makan pasta. 
No more nasik lemak. 
No more late night nasik just because "nanti malam takda susu camne?"

Have to workout.

Petang tu, sampai je umah lepas amek Afif terus lah mini workout katanya. Kat dalam bilik je pon sambil Afif layan iPad. Planking. Push-ups. Sit-ups (which i failed miserably sebab takde orang pegang kaki aku). Squats. The things i learnt in bootcamp. Nak gi gym, jogging bagai sape la nak jaga anak aku kan..

Lunch pulak harini aku makan salad je. Ok fine sebenarnya bawah salad tu ade pasta coz i still need some carbo ok. But at least not nasi lauk ayam lemak.

Not much but it's something. A start to my change.


Aku bukan nak diet beriya macam orang kat insta/fb #eatclean #workout #abs #fitness katanya. Sekadar kembali ke pangkal jalan. 

Wish me luck and doa la supaya aku tak start makan cam onggiler after 1 week. 

30 day squat challenge for beautiful ass.
Jom?

p/s: aku pon slalu confuse dalam train sama ada seseorang perempuan itu mengandung atau pon gemok. Aku rasa tips untuk tau pompuan dalam train tu pregnant ataupon gemok: 

1) kalo pakai kasut 5 inci sah la tak pregnant. 
2) kalo dia muka pucat nampak penat pastu pegang perot 70% kemungkinan dia pregnant
3) pakai kasut tumit rendah yang tak cantik tapi comfy tu kemungkinan 50% pregnant (i wore a hideous yellow Clarks flats throughout my pregnancy sebab walopon tak cantik, itu yg paling selesa utk aku)
4) dia tayang perot dia kat depan 'seats for disabled people' dengan muka yang macam kata "bangon la wehh aku ngandong, nak duduk"

4 comments:

  1. Omg!ampun kan aku sbb gelak wei.hahaha.kalau aku agaknya ingt aku pregnant twin kot.aku dh lg besar dari kau.tabah la kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha gelak la weh sebabnye memang kelakar. memang kene tabah la weh nak kuruskan badan. aku tatau la berjaya ke tak kurus ni haa..

      Delete
  2. teefa...
    aku selalu je orang offer duduk.. kadang2 aku duduk je sebab penat sangat..
    Tapi sekarang ni perut dah kempis, takde sape nak offer dah.. keh keh keh..

    nampak sangat duk ofis tak banyak bergerak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh zarith aku patot berguru ngan ko bab diet tips. aku dah la tak kuat iman kang diet kemana, workout ke mana..
      btol gak kata ko. next time org offer seat, aku duduk je la. tak malukan org tu n diri sendiri. bahaha

      Delete