Thursday, January 16, 2014

At 15 Month

Dah lama tak buat post Afif's milestone. Moh kite..

Feeding

-Kalo nasik or porridge memang susah betol nak makan. Macam-macam style aku buat dah. Tumis pakai butter or olive oil. Letak telur or letak cheese. Vege and protein pon aku tukar-tukar nak test mana dia nak; broccoli, carrot, pumpkin, spinach.. Chicken or salmon. Tak kisah la apa pon cara, still dia takmo. Aku conclude dia memang kureng suka nasik.
-Makan nasik lauk kurma suka pulak.
-Tapi kalo pasta amboih laju je makan. Selalunya licin mangkuk. Yang paling dia suka tomato-based sauce. Aku memang buat sendiri pasta sauce tu sebabnya yg ready made tu buat pakai cuka. Takot perot dia sensitip pulak. Pasta plak pakai alphabet pasta. Senang kecik-kecik takyah nak potong bagai.
-Dia suka makan fruits. Betik, tembikai, melon, limau mandarin.. Kalo brekfes tu kadang aku malas aku bagi je dia avocado-banana mash. Memang laju je habis.
-Snacks lain yang dia suka adalah Cheerios cereal and organic apple puff ape ntah brand tu aku beli kat Manjaku. Roti cicah air cekelat pon feveret.
-Ni sejak aku kat rumah memang memanjang dia bergayut nak breastfeed. Every hour. Tak dapat monitor brapa oz sebenarnya. So happy i can fully direct breastfeed him. Takyah risau susu dipam cukup ke tak hari-hari.

 Alphabet pasta with homemade chicken bolognese sauce. His current favorite.

Development

-At 15 month dia belom boleh jalan sendiri okeh. Pening gak aku sebabnya dah 3 bulan bertatih ni. Bila lepas tangan, dia jalan 4-5 steps pastu jatuhkan badan. Macam dia gayat je nak bediri/jalan lelama. Kadang kalo dia berdiri and rasa aku lepaskan tangan, cecepat dia duduk. Takpe, i know it'll be soon. I'll enjoy these days that you love holding my hands so much.
-Skill lain dah boleh salam and cium tangan orang. Wave hands and flying kiss. High five. Suap makanan sendiri guna sudu even though clumsy lagi. Dah tau konsep bukak/tutup lampu, fridge, penutup teko (he's obsessed with teapot). Geleng kepala bila takmo. Clap hands. Dance to songs.
-Tunjuk kat mata bila ditanya mana mata.. Ketap-ketap gigi bila ditanya mana gigi. Bila nampak patung Barney, dia tunjuk mata Barney pastu tunjuk mata dia. Matching skill is there.


Teman mama dedi lepak kat mapley.

 You're just like an angel. Your skin makes me cry.



Activities and Hobbies

-Hobi dia apa lagi kalo bukan iPad. Kalo nmpak iPad tu tu shriek sambil tangan joget-joget. Memang pantang la dgn aku. Sehari aku limitkan boleh 2 sessions je tu pon 10 minutes. Nasib baik kat iPad dia reti unlock, tengok videos and tolak-tolak page apps tu je. Tak ajar main game.
-Sekarang dia suka menyanyi. Ada satu lagu dalam Barney ni Chugga-chug dia suka betul. Everytime dia nyanyi (bukan ada tune pon. Aaa-aa-aaa camtu) sambil menari cam Barney, kitorang tau la dia tgh nyanyi lagu tu. Haha
-Suka jugak main passing-passing bola back and forth ngan aku or Hubby. Excited nak tangkap bola  everytime kitorang pass kat dia. Pastu baling bola tu bawah lemari suruh orang amek (-____-)
-Suka campak barang atas lantai. Yang ni aku penat btol nak layan tapi layan kan aje. Everytime dia campak, aku akan buat muka terkejut and cakap "Hahhhh! Susu/mangkok/kalkulator/bola jatuh! Siapa jatuhkan? Afif ke? Pegi amek.." Memang idok ler dia amek.
-Dah pandai main Mega Bloks. Idok ler sampai built gajah/spaceship bagai.. Dia dah tau konsep sambungkan blocks. Sambungkan, pastu cabut. Gitu je ler..
-Obsess dengan kucing. Seboleh boleh dikejarnya kucing.
-Haritu kat Langkawi bawak dia gi beach. Nak ajar main pasir kononnya. Tapi dia geli. Diangkat nya kaki pastu suh aku dukung. Sabar je la.


 Tiger and cat.

Upin Ipin's biggest fan. 
 
Kecewa sebab mama suruh main masak-masak ngan Barney. i wanna play ball ma!
(in my defense, the speech therapist suggest role play to enhance speech and language development)
 
 Mama's mall buddy.

Hearing & Speech

-Alhamdulillah sejak aku amek cuti ni, nampak banyak improvement. Paling penting dia suka pakai HA dia. Dulu suka cabut. Skarang memang bila dipakaikan, sampai aku tanggalkan baru cabut. Alhamdulillah.
-Kalo aku lupa pakaikan, dia tunjuk kat hearing aid tu. Pernah skali ni aku sengaja tak pakaikan sambil bg dia tengok Upin Ipin. Pastu dia raba telinga dia sambil pandang aku. i take as a sign that he's asking for it.
-Lagi banyak membebel dan menyanyi. Dulu kureng.
-Tapi bunyi yang dia keluarkan still limited to aaaa, maaa, mammm, abumm.. Still no na, ta, da.. It's okay. We'll get there. Tak sabar gi next speech therapy nak belajar how to teach him to produce sounds.



3 comments:

  1. good boy nye Afif.byk tau dia mkn tu.pandai dia tgk upin ipin eh.safiyya x layan.haha.
    bab jalan tu xpe jgn paksa.at least dh dpt 4,5 tapak.nnt dia dh ready siap la mama. :)

    ReplyDelete
  2. afif handsome boy. tengok muka cair terus. takpa tak lama lagi jalan la tu..hamza pun dulu mcm gayat jalan haha. apekehal comel gilaaa muka dia kena role play sama barney tu hahahaha.seronok dapat spend masa sama anak kan.. and wey byk gila dia ni makan

    ReplyDelete
  3. Teefa!! He seems to be improved a lot in such a short time,keep it up:))) He is handsome~~

    ReplyDelete