Wednesday, July 17, 2013

My Ramadhan So Far

Alhamdulillah. It's the eighth day of Ramadhan. i hope it's not too late to wish you selamat berpuasa!

My Ramadhan so far adalah biasa-biasa aja. Untung duduk dengan family.. Balik kerja, amik Afif kat babysitter, sampai rumah tengok dah siap masak lauk pauk. Tunggu waktu berbuka tinggal nak hidang juadah/buat air je.. Utmost respect to you girls out there who have to jaga anak and sediakan makanan untuk iftar lagi. Even kalo beli kat bazaar pon is a chore. Ye lah dengan traffic jam lagi.. huhu.

Tahun ni nan hado lah nampak nya chance nak berjemaah teraweeh kat surau. Ye lah, dengan anak kecik ni camne lah kekdahnye kan. Niat nak teraweeh di rumah je tapinya kol 9pm dah terlelap sama bila Afif menetek. Haih.. Takpa, ada lagi 3 minggu. Cuba lagi! InsyaAllah tahun depan Afif dah besar sikit boleh la di ajar ke surau.

Milk production adalah sedikit menyedihkan. For the first 6 days okay je la. Dapat la jugak 5oz first session. Second session dapat 2-3oz je. Kemerosotan 5 oz jugak la sehari. On weekend tak mengepam tapi rasanya ok sebab tengok Afif puas je minom. Tapi semalam lain cerita. Gi pam kol 12pm dapat tak sampai 3oz. Paling corot setakat ni. Mula lah panik. Ye la, skang Afif boleh dikira fully breastfeed sebabnya walaupon dah try campur, dia memang taknak minom fm. Enfalac yang dibeli almost 2 months tak abis lagi. Dia nak susu mama. So nak tak nak kene pam at least 9oz sehari to meet his demand. Stok kat umah tak banyak hoi. Ade 1-2 botol camtu je. Panik.

Call Mr. Chenta dia suruh je buka kalo risau. Tapi ko tau lah mentality org kita (cakap je la mentality aku). Walopon dibolehkan dan disenangkan, tapi nak jugak pilih jalan susah (e.g teruskan puasa). Aku cam sayang nak buka sebab dah separuh hari. Pastu dengar cerita nursing mothers lain ok je puasa. Berbelah bagi aku. Pastu aku jmpa la sorang colleague ni. Dia cerita lah dulu dia ponteng puasa 5 hari sebab mmg production drop dan memang tak larat. She said i have two choices:

1) tukar fm brand lain kalau sayang sangat puasa tu.

2) buka puasa dan lain kali give yourself a break every 5-7 days of fasting to help maintain milk production. Puasa tu boleh je ganti.

In the end, kol 12.45pm semalam aku turun gi foodcourt tapau nasik campur. Lauk ayam masak lemak dan sayur pucuk manis. Kemudian gi Starbucks yang dah hampir setahun aku boikot tu sebab teringin White Choc Pudding Mocha Frap dia. Perghhh siap ade frap! Wagahaha. Makan kat surau. Lega rasa. Bak kata laki aku, alang-alang tak puasa, sental je semua. Petang tu pam, dapat 7oz. Berbaloi buka.

Hari ni sahur aku makan nasi dan juga buat smoothie Shaklee ESP+muesli+kurma+susu+susu coklat dengan harapan the oats and dates can help boost production. Harap berjaya. Amin.

1 comment: