Friday, May 3, 2013

Random Friday Babbling

1. Sebenarnya saya adalah dalam sedikit kerisauan. Afif dah 6.5 months. Tapi physical progress dia adalah static since pandai niarap haritu. Dia reti lah niarap tapi malasssss sangat. Rakan-rakan sebaya dia dah bergolek, angkat bontot, bagai. Dia malas sungguh nak niarap apatah lagi bergolek golek. Bila dah niarap tu kadang-kadang ja pusing sendiri. Most of the time membebel mintak orang pusingkan. Normal kah macam ni?

2. Bawak Afif gi Tioman haritu. Syukur alhamdulillah sangat-sangat anak aku ni bukan jenis diva meragam merengek tak tentu pasal. Sepanjang perjalanan (4 jam dalam kete, 2 jam dalam bot) adalah senyap, paling tak pon membebel bahasa dia. Cuma kadang-kadang boring tu mula lah "ehek ehek ehek" dia. But nothing major. Kat sana pon cool je. Siap tidoq on both nights masa mama dedi dan aunty2 nya lepak makan. Good boy. Syukur.

Otw to breakfast.

3. Dia paling suka la bila swimming kat pool. Ohoiii mama dia la paling semangat nak bawak dia swimming. Siap beli baby sunblock, swimsuit dan neck ring untuk anak kesayangan. Masuk pool tu mula-mula dia pelik. Ekspresi muka yang macam "Ehhh.. kenapa badan aku dalam air terapung-apung tapi tak rasa muka basah macam mandi? Selamat ke ni?" Bila dia dah get the idea yang dia adalah tengah berendam, mulalah mengekek sambil kayuh-kayuh kaki. Tapi kami rendam dia 20 minutes je. Baby kecik takleh lama sangat exposed to clorine katanya..



Weeeeeee!


4. Hurmmm dah ada anak jangan haraplah percutian bersama rakan-rakan adalah freedom bebas macam zaman blom jadi mak dulu. No more late night lepak main card apatah lagi pillow talk. Anak memanggil nak bergantung untuk tido. Snorkeling lagi lah. Kitorang berempat nak g snorkeling trip tapi otw jalan kaki gi jeti tu Afif merengek-rengek sebab silau + panas. Nasib baik la laki aku cool dia kata "Itsokay you girls go ahead.. i stay back jaga Afif". Maka freedom kejap macam zaman anak dara snorkeling sama bffs. i love you lah sayang!

My three bestfriends bonding over dinner. Mr. Chenta jadi Dr. Love. Muahaha

 ..while the baby is sleeping soundly sambil ternganga mata terbukak sebelah.

18 years of friendship.. and counting.

5. Cantik hokayyy coral kat Tioman. Colorful! Kitorang nampak nemo, white sharks and a few other colorful fishes. Subhanallah. Lagi la aku kuat nak amek diving license. Dulu katanya pas kawen nak amek, tapi termengandung pulak. Ni sebelom termengandung lagi, kami laki bini plan nak amek license tu. Ntah la bila.


 View at the jetty. Time nak balik baru sempat amek gamba. Dah ada anak ni takde maknyenye nak bergambar sakan cam dolu-dolu

Kami

6. Sejak amek Depo Provera shot ni heavy eh period. Harini hari ke 8 period still lebat.

7. Aku menyampah betol bila bukak FB skang ni. Dalam newsfeed penuh cerita politikus. Kawan-kawan (kebanyakannya) teiba-tiba jadi pakar penganalisa politik. Macam dia lah paling betol. Kutuk sana, maki parti ini.. Boleh tak ko duduk diam-diam or berpolitik lah cara berhemah. Sampai masa nanti pegi je la ngundi senyap-senyap. Tak payah tunjuk pandai macam ko je paling terer dan betol. Dua-dua pihak same je. Takde yang betol di mata aku. Haptuihhh.

8. Next week ada department's team building woot woot! Macam biase la aku eksaited. Tapi lagi best sebab kali ni boleh bawak suami dan anak sebabnya saya adalah nursing mother. Tak tido la anak aku kalo ditinggalkan. Macam mana dia nak tido malam tanpa boobies mamanya? Kehkehkeh. Kebetulan husband off day 2 hari tu.. Dia kene amek 1 day je AL. This could be our mini familymoon.

9. Pastu teambuilding nyer dinner night nanti temanya adalah Rock Star. Beruban jugak kepala aku nak pikir apelahhhh nak dipakai. Gi windowshop cari idea. Banyak btol bende boleh pakai untuk orang-orang freehair. Now dah jadi hijabster (kononnya) baru paham dilema orang bertudung. i'll find something. Kalo tak pakai, je la jeans and t-shirt bodoh. Wagaga.




2 comments:

  1. comel sangat afif ni features muka dia sangat handsome. btw pasal meniarap tu i think u just encourage dia untuk meniarap and pusing. macam my son pun dia tade gaya nak merangkak lepas dah lamaa dok angkat bontot, lama2 i ajarkan cemana angkat kaki and guna lutut untuk tahan. hahah now dia ada posisi merangkak tapi x confident nak ke depan. but baby ni lain2 kan..sometimes tiba2 je dia dah pandai nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks! tu la org cakap encourage dia niarap. i try to encourage him by putting toys beside him, kalo nampak dia ngiring tu memang tolak je bontot dia bg niarap muahaha.. is there any other methods nak encourage dia? i try not to worry too much tapi biasa la mak-mak ni tgk anak org lg advance, mulalah cuak.. huhu

      Delete