Monday, May 20, 2013

Covering Up


Ramai kawan-kawan sedara mara tanya kenapa tiba-tiba aku bertudung. Takda angin takda ribut tiba-tiba je cover up. Hmm.. Kenapa ya? Mari bercerita.

Sebenarnya kesedaran tu lama dah ada. Ye lah, suruhan menutup aurat ni bukannya baru kan? Dah ada dalam al-Quran. Aku tahu, bukan tak tahu. Dari kecik belajar agama, belajar mengaji. Hanya diri ini jahil sibok nak tayang rambut, pakai skirt, pakai baju ketat bagai. Trendy katanya. Syaiton di mana-mana.

Tapi selama manalah ko nak macam tu kan? Makin lama rasa makin tak best terdedah sana sini. So aku mula kurangkan pakai yang pendek. Seluar panjang. Skirt panjang. Baju longgar-longgar. Dresses pendek terbiar je menyemak dalam lemari tu ha.

Selain tu, hubby ade jugak lah tanya bila nak bertudung. Aku tau dia mengharap. Tapi aku tau jugak dia takmau paksa. Aku jugak fikir camne nanti Afif dah besar, dah bersekolah. Mesti dia tanya "Mama.. Kenapa mama tak tutup aurat? Ustaz kata perempuan tak tutup aurat masuk neraka.. Mama jangan lah masuk neraka.." (sila bayangkan muka Afif menangis merayu). Paham tak betapa pedihnya kalo anak ko innocent tanya camtu? Tu la jugak yang aku fikirkan. Tapi haishhhh belom jugak bertudung.

Alhamdulillah, zaman teknologi ni, kita mula kenal ustaz ustazah, mufti, etc. Kalo dulu artis je yang famous. Now we are more exposed to all these Islamic talks, ustaz ustazah ber-fb ber-tweet "Tutuplah aurat adik-adikku yang baik.. Allah Maha Pengampun" (ahemm Sham Kamikaze). Dakwah halus. So dari sini mula lah dengar ceramah online, baca articles, etc. Insap kejap. Kejap je la. Still tak berhijab lagi. Degil kan kan kan?

Turning point was this fine Friday. Lunch hour. Aku malas turun lunch. Macam biasa lah, cuci mata kat segala online boutique. Klik sana klik sini. Automatik je tangan aku klik. Tiba-tiba aku ter-snap. Tergamam sebab rupanya website yang aku tengah bukak dan tengok adalah Radiusite and Sugarscarf. Like "what the heavens am i doing looking at shawls??". Siap dah ada dua barang dalam shopping cart. And mashaAllah cantik nya wanita-wanita bertudung ini. Dari situ, mula lah adventure mengumpul tudung secara online shopping. Kumpul je, masih belum berhijab. Tak ready katanya..

Sampailah ada satu pagi Isnin yang Monday blues. Tarikhnya adalah 1.4.13. Tengah mandi time tu. Dalam toilet. i had this sudden thought "Wehh.. Baik ko pakai je tudung arini. Bila lagi ko nak pakai? Nanti tak sempat.." Kuat sangat instinct suruh pakai. Maka kuar je toilet, bersiap nak ke opis. Ku capai anak tudung, lalu dipakai. Pastu amek pulak shawl memane. Laki aku tengok aku pelik. "Eh.. Pakai tudung? Kata tak mau lagi?" Katanya sambil sengih-sengih. Aku pon jawab lah "Ntah ler tetiba rasa nak pakai arini.. Pakai je ler.." Bukan main suka laki aku.

So sejak itu lah aku ber-cover up. Dulu aku selalu doa supaya Allah bagi aku hidayah untuk berhijab, bila dah berhijab tolong lah kuatkan semangat aku untuk terus menutup aurat. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Tidak lah aku rasa susah ke rimas ke berlabuh-labuhan. Lagi tenang. Plus no more bad hair day, though bad tudung days are possible. Hihi. Tapi aku ni manusia biasa. Jangan lah dianggap aku dah bertudung, agama aku dah 100% perfect. i'm more or less the same Teefa. Aku still gelak kuat. Seluar still ada yang ketat. Baju tak la jugak labuh ke lutut. Kadang tu ade la terlepas baju lengan nya 3-suku. Haihh.. More to improve! InsyaAllah, step by step.

 Gomol budak sebelum ke opis. Muka Afif yang pasrah.

 Rocking red lips at PRD's teambuilding dinner night.
Aku pakai lipstick merah setahun sekali je noks.

Rockstar themed dinner night katanya.

p/s: Sebenarnya ada jugak dapat satu mimpi yang menakutkan. Tapi tak perlu lah cerita detail disini. Tu lah lagi kuat nak berhijab.



4 comments:

  1. Alhamdulillah.im so proud of u babe.btw,afif nmpk besar dh!
    Nk tau mimpi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe.. alah mimpi macam nak kiamat and i lost everything. it was like a wake up call!

      Delete
  2. alhamdulillah semoga terus kuat :) i pun pakai tudung ambik masa dalam 6 bulan memikirkannya..berapa kali try nak pakai tapi x jadi..lepas tu tiba2 satu hari tu nak keluar terus capai tudung pakai..hehe..i pakai sebab naluri nak bertudung tu terlalu kuat..hopefully i dapat berubah berpakaian lebih baik pasni...btw u dengan lipstick merah tu dah macam nora danish ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dia kan.. org cakap bila dah sedar and anda instinct nak pakai tu, baik lah jangan lengah dah.. tu la i sarung je.. huhu. adoih takda maknanya nora danish babe!

      Delete