Tuesday, March 5, 2013

4 months and 3 weeks

It's the fifth of March already. Serious tak sedar! Lupa jugak nak membelog pasal perkembangan Afif.. Sigh. Bukan apa, kalo boleh sedaya upaya nak belog pasal dia supaya nanti dia besar, we have a written memory of it. Manusia kan mudah lupa.. What i can recall on top of my head:

Afif's Third Month (2-3 months old)

- Start 2 bulan lebih, Wan suka bedung Afif time aku gi keje. Heran, suka pulak dia berbedung padahal sebelum ni tak suka. Tapi time tido je la bedung. Kalo dia berjaga tu marah sungguh kena bedung!
- dah tak suka tido atas badan mama. Memula tak perasan sebab tdo malam mmg berbedung. Ada skali ni letak dia atas dada cam dolu-dolu nak tidokan, mengamok dia. Bila letak atas katil, baru ok terus lelap. Sobs. My son grew up already.
-Tido suka dekat-dekat. Kalo dia tak rasa badan aku, terus terjaga mencari. So kene tido letak tangan atas badan dia or bawah ketiak aku. Hehe. Tapi kadang letak je dia dalam baby cot. Tido okay je. Ngengade je lebih.
- Memanjang ajak borak.



Afif's Forth Month (3-4 months old)


- Around 3 months 3 weeks camtu mulut dia selalu bergerak-gerak macam mengunyah. Pastu selalu makan tangan dia. Siap hisap tangan berdesup-desup. Time ni Wan dah bising suruh bagi makan solid food. Aku pekakkan telinga.
- Tak reti lagi meniarap. Mengiring pon malas bebenor. Baring je mengekeh-ngekeh senyum gelak tengok orang.
- Membebel tak sudah-sudah. Kalo aku kat atas, dia kat bawah pon boleh dengar bebelan dia berborak ngan Wan.
- Suka tengok TV especially cartoon. His favorite are Upin & Ipin and Doc McStuffin'.



Afif & Adam si anak As! Afif tua 3 minggu tapi Adam lagi debab kussss semangat! 



Tido malam berbedung bila pagi gini lah kebebasan dia. 

Afif's Fifth Month (4-5 months old)

-Makin ligat makan tangan sendiri. Kalau nampak kitorang makan, mulut dia pon automatik mengunyah haha.
- Kalo terjaga dari tido, akan nanges mencebik if no one is around. Kesian. Tapi kalo dia bangun and nampak kitorang, dia akan senyum panjang sambil borak. Ceria di pagi hari katanya.
- Dah mengiring sambil nak niarap. Tapi tak pandai meniarap full lagi. Tangan selalu terhimpap lalu membebel mintak orang angkat.
- Boring kalo baring lama-lama. Akan membebel mintak diangkat and duduk atas riba orang. Pastu tengok tv sambil berkerut-kerut macam pahammmm je.
- Dah kenal orang. Dia gelak and senyum kitorang family dukung/agah dia tapi kalo orang lain agah, dia akan pandang dengan muka heran or akan buat derkkk je tak layan. Sian Pak Mertua ku penat mengagah cucu tapi Afif buat tak layan je haha
- Dah tau bezakan orang berjaga or tido. Contohnya tengah-tengah malam dia terjaga ajak borak tp aku ngantok.. So layan dia kejap je pastu aku terlelap. Terus dia tegur macam panggil suruh bangon. Bila aku bukak mata dia akan senyum2. Heh.
- Suka pegang botol. Tapi tak kuat lagi pegangan dia.. Takleh pegang sendiri lagi. We're getting there, baby!
- Risau sebab leher dia belum 100% kuat. Kalo dukung tegak, dia boleh support kepala sendiri tapi kalo niarap dia belum boleh dongak 90°. Normal ke eh??
- Sedih sebab dia ada cradle cap kat kepala. Ada kulit kering ala-ala dandruff pastu merah kulitnya. Memula sikit, pastu makin banyak pulak. On Sunday gi klinik doctor kasi shampoo and cream. Kesian nampak dia macam kegatalan. Selalu menggaru. Sebab tu jugak kene pakaikan mittens sampai skang. Takot cakar kulit kepala dia yang sensitif tu..


 Dia selalu berborak dan mengekeh ketawa tapi jarang dapat snap gambar tengah ketawa sebab kalo nampak kamera je terus muka seryes. Macam daddy dia.



 Ngantok.

Chillin' with daddy! 

Pakai baju baby girl terus nampak cam gegurl!

Budak suka makan penumbuk sendiri.
Kesimpulannya, he's growing up okay. Makin bijak anak mama. Makin ceria. Tapi risau la jugak leher blom betul-betul kuat. Risau sebab cradle cap tu tapi semalam tengok dah kurang merah. Berkesan la ubat doctor bagi tu. i'm praying he'll be okay.

At 4 months 3 weeks, he weighs about 5.6kg. Kecik je anak saya. Tapi Alhamdulillah doc kata sihat dan normal. Saya juga berpendapat development dia slow sikit in terms of physical development but in terms of social and berborak-borak development adalah cepat. Anak kawan saya ada yang dah meniarap kepala tegap dah time ni tapi lambat mula berinteraksi sosial. It's amazing how babies grow differently.

Alhamdulillah juga dia still fully breastfed walopon susu cukup-cukup je. Ade stok 2 hari je kat rumah. Sehari kene make sure pam 3 kali untuk cukupkan bekalan sehari. Tapi dah siap-siap belikan susu formula spare kat umah takot lah kalo tak cukup pulak. Sebak wooo haritu cari susu formula tu.

Anyway, next week he'll turn 5 months! i know we're recommended to feed babies solid food at 6 month but  i have gotten permission from paed and my mom-in-law (who is also a doctor) to feed him solid food at 5 month plus. Tak sabar nyaaaa!


My little bodyguard!


P/s: hari ini dalam sejarah. Malam ni Afif dah leh meniarap tanpa bantuan. Way to go baby! Tapi tak la meniarap expert. Nampak la dia memerlukan effort yang lebih. Kepala juga masih blom tegap. I know you'll get there soon baby!

1 comment:

  1. Safiyya's development pon lbh kurang afif je! Tp xpe la kan yg penting dia sihat. Aku punya teori diorg ni terlebih manja tu yg mls nk buat keje.hehe.
    Well done afif dh meniarap!

    ReplyDelete