Friday, August 17, 2012

Ketidaksediaan Beraya

Raya datang lagi!

Tahun ini adalah kurang semangat sikit nak beraya. Perot boyot tak kuasa sangat nak bergaya sakan. Baju Raya beli satu je sebagai cukup syarat. Baju suami adalah baju Melayu yang dibuat tapi tak dipakai untuk wedding reception kat Kuching haritu. Hewhew.

Awal-awal sebelum puasa dah pesan kat Wan; jangan buat kuih, Wan bukan larat. Kalau nak sangat buat, buatlah 2 jenis je. Yang lain i can buy (sebab aku pon tak terdaya puasa-puasa pregnant ni nak buat kuih). Wan being Wan, setiap hari balik kerja wangi je rumah berbau kuih Raya. Harini siap chocolate chip. Esok siap tart nenas. Lusa siap kuih semperit. Tulat siap kuih bijan. Minggu depannya siap rempeyek Johor. Gila hengkau?? She's gonna be 92-year-old this year and yet she can still make all this Raya cookies all by herself! Bila kita marah sebab risau dia sakit, dia kata "Biar lahhh.. Aku nak kasi anak cucu makan". i feel so guilty. Makanya niat murniku nak sponsor segala kuih Raya tak jadi. Beli 2 jenis je tahun ni.

Yang bestnya tahun ni merasa beraya di Kuching and Sibu!

Kuching adalah rumah in-laws. Sibu adalah kampung halaman bapa mertuaku. Maka pada hari Rabu Raya ke-4 naik belon ke Kuching, on Thursday kami road trip ramai-ramai ke Sibu. Dengarnya 8 hours one way Kuching to Sibu. Hamagaddd! Awal-awal dah warning Mr. Chenta supaya berhenti banyak kali. Perempuan mengandung slalu nak kencing and sakit pinggang. Harapan lah nak dok dalam kete lelama.

Itu je lah celoteh pre-Raya.

Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan yang baca blog saya. Minat ampun kalau ada blogpost saya yang mengguris perasaan korang. i'm just a human :)

p/s: So far tinggal puasa 8 hari dah. i've been having heartburn. Muntah kuar asid, sendawa kuar asid, siap cirit-birit apa kes? Akan berusaha ganti sebelum puasa tahun depan, insyaAllah.


No comments:

Post a Comment