Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan!

Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-4 umat Islam kat Malaysia ni berpuasa. I hope it's not too late to wish you Ramadhan Kareem! Semoga ibadah kita sama ada kecil atau besar diterima Allah. Amin!

So far, alhamdulillah saya larat dan bertenaga berpuasa these first 3 days of Ramadhan. First day siap masak for the whole family (cuma dlm kol 5pm tu rasa nak pitam sket sebab lama berdiri memasak kot huhu). Second day siap jalan-jalan kat MidValley lagi. Third day (on a Monday) masuk kerja mamai dan ngantok but other than that, tak lah penat or lapar secara kronik.

Hari ini lain ceritanya. Dari bangun kol 8am tadi sampai la skang dahaga yang teramat. Nak kata tak minom, bergelen dah air ditelan sepanjang malam tadi. Ikot hati nak je teguk air sejuk dan sambung puasa. Tapi ini puasa Islam hoiii bukan puasa Hindu! Tahan je la. Ni lah dugaan. Terbayang orang kat Somalia/Africa/Burma yang berpuasa tak cukup makan minom. Insaf kejap.

Harap-harap baby kecik dalam perut tahan la ye lapar kejap. Dia bukan sedar pon kita puasa. Segala zat kat badan mama, dia curik :p

1 comment: